There was an error in this gadget

Wednesday, 7 December 2011

Bahasa Malaysia Tahun 2 (Badan sihat minda cergas)

TEMA : BADAN SIHAT MINDA CERGAS

TAJUK : MENCEGAH PENYAKIT


BACA DIALOG DENGAN TELITI KEMUDIAN JAWAB SOALAN


Doktor                               : Sila duduk, Encik Rashid.

Encik Rashid                      : Terima kasih, doktor.

Doktor                               : Nampaknya, Nasha kurang sihat hari ini. Biar saya periksa.
                                             Sudah berapa lama Nasha menghidap batuk dan demam selesema   
                                             ini,  Encik Rashid?
Encik Rashid                      : Sejak semalam, doktor. Tapi keadaannya bertambah teruk hari ini. 
                                             Mungkin dia dijangkiti melalui kawan-kawannya ketika di sekolah.

Doktor                               : Jangan bimbang., Encik Rashid. Penyakit memang mudah merebak 
                                             melalui sentuhan,    udara, serangga, minuman atau makanan.

Doktor                               : Sebab itulah mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.

Nasha                                : Bagaimanakah caranya untuk mencegah daripada dijangkiti penyakit, 
                                             doktor?

Doktor                              : Mudah sahaja, Nasha. Kita perlu sentiasa menjaga kebersihan dan 
                                            kesihatan diri agar tidak dijangkiti penyakit. Contohnya membatasi 
                                            pergaulan dengan mereka yang dijangkiti penyakit. Memotong kuku 
                                            dan makan makanan yang bersih dan tidak tercemar. Kita juga perlu 
                                            memastikan kebersihan tempat tinggal.

Doktor                             : Haiwan dan serangga ini berbahaya kerana membawa pelbagai jenis 
                                           penyakit berjangkit.

Nasha                               : Baik, doktor. Saya akan ikut nasihat doktor.

Doktor                             : Selepas ini, Encik Rashid dan Nasha bolehlah mengambil ubat di 
                                           kaunter ubat.

Doktor                             : Ikut arahan yang diberikan sebelum memakan ubat. 


Encik Rashid dan Nasha : Terima kasih, doktor.

Doktor                             : Sama-sama.  



Pilih jawapan yang betul.
1. Mengapakah Encik Rashid membawa Nasha ke klinik?
    A. kerana Nasha kurang zat.
    B. kerana Nasha kurang siuman.
    C. kerana Nasha kurang makan.
    D. kerana Nasha kurang sihat.

2. Apakah penyakit yang dihidapi oleh Nasha?
    A. sakit batuk dan demam Malaria.
    B. sakit tekak dan demam panas.
    C. sakit batuk dan demam selesema.
    D. sakit mata dan demam selesema.

3. Sudah berapa lamakah Nasha menghidap batuk dan demam selesema?
    A. dua hari.
    B. empat hari.
    C. tiga hari.
    D. satu hari.

4. Nasha mungkin dijangkiti malalui___________.
    A. gurunya di sekolah.
    B. rakan-rakannya di sekolah.
    C. ibu bapanya di rumah.
    D. datk dan neneknya di kampung.


5. Penyakit mudah merebak melalui cara-cara berikut. Kecuali...
    A. udara
    B. cahaya
    C. serangga
    D. sentuhan

Bahasa Malaysia Tahun 2 (cita-cita)

TEMA : CITA-CITA
TAJUK : CITA-CITA SAYA SETINGGI AWAN

i. BACA PETIKAN DIBAWAH DAN MEMAHAMI FRASA DAN PERKATAANNYA.
ii.LEMBARAN KERJA.

PETIKAN
Sejak kecil, Razi suka akan kapal terbang mainan.  Ayah Razi membeli berbagai-bagai bentuk kapal terbang mainan. Apabila dewasa, Razi bercita-cita menjadi juruterbang. Dia ingin terbang tinggi di awan. Dia juga ingin membawa penumpang Malaysia ke seluruh dunia.
FRASA DAN PERKATAAN 

 kapal terbang mainan 



berbagai-bagai bentuk kapal terbang
     

juruterbang 
      

terbang tinggi di awan


seluruh dunia



LEMBARAN KERJA
Isi tempat kosong dengan frasa dan perkataan yang dibelajari

1.      .Ayah telah membeli sebuah ________________kepada adik.

2. .Abang Lily bercita-cita untuk menjadi seorang____________.

3. .Kakak ingin melancong ke ___________________apabila dewasa
        nanti.

4  .Saya mempunyai _______________________________mainan.
  
5. .Kapal terbang sentiasa ________________________________.